PCOM saran Malaysia ambil inisiatif henti serangan di Gaza - Utusan Malaysia

PCOM saran Malaysia ambil inisiatif henti serangan di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Tindakan tentera rejim Zionis Israel menghantar ratusan kereta kebal ke sempadan Gaza hari ini memberi gambaran tentang kemungkinan berlaku serangan besar-besaran di wilayah tersebut.

Sehubungan itu, Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) menyarankan kepada Parlimen Malaysia dan Kabinet untuk mengambil inisiatif dalam usaha menghentikan tindakan keganasan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

Menurut PCOM, Malaysia boleh menyeru kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara lain untuk menghalang serangan tersebut.

“Rejim Zionis Israel juga perlu diberi tekanan bagi memastikan mereka menghormati hak asasi manusia selain mengelakkan daripada berlaku peperangan di Gaza dalam masa terdekat,” kata PCOM dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Situasi di Gaza menjadi tegang berikutan tindakan tentera rejim Zionis Israel melancarkan serangan pengecut bagi melindungi sepasukan komandonya yang melarikan diri selepas membunuh sekurang-kurangnya tujuh pejuang Hamas kelmarin.

Pencerobohan itu menyaksikan insiden berbalas balas serangan kedua-dua pihak, menyaksikan seorang anggota tentera Israel terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam operasi yang bakal menjejaskan usaha damai antara kedua-dua pihak.

Setakat ini, sekurang-kurangnya enam penduduk Gaza dilaporkan terkorban akibat serangan udara yang dilancarkan rejim Zionis Israel. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN