PBT perlu proaktif pantau infrastruktur kurang risiko banjir kilat - Utusan Malaysia

PBT perlu proaktif pantau infrastruktur kurang risiko banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa agar lebih proaktif melakukan pemantauan dan penyelenggaraan infrastruktur khususnya di kawasan yang berisiko tinggi dilanda banjir kilat.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, kawasan-kawasan berisiko yang berada berhampiran tapak projek terbengkalai atau tidak terjaga perlu dipantau lebih rapi bagi mengelak daripada berlakunya situasi di luar jangkaan.

“Kerja-kerja penyelenggaraan longkang harus dilakukan dengan lebih kerap bagi memastikan sistem saliran tidak tersumbat selain menjalankan pemantauan apabila tiba musim hujan kerana ada potensi kejadian banjir kilat akan berlaku. 

“Ini kerana kawasan yang tidak pernah mengalami masalah banjir kilat kini semakin kerap dilanda kejadian tersebut ekoran pembangunan pesat serta terdapat projek-projek yang tidak mengikut garis panduan sepatutnya,” katanya.    

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja rasmi di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah JBPM negeri, Azlimin Mat Noor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN