PBB diperkenalkan jamin kualiti rumah mampu milik - Utusan Malaysia

PBB diperkenalkan jamin kualiti rumah mampu milik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperkenalkan Piawaian Perumahan Berkualiti (PBB) dalam usaha memastikan rumah mampu milik yang dibina di negara ini lebih berkualiti.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin memberitahu, antara syarat piawaian yang dibentuk di bawah Dasar Perumahan Negara 2018-2025 itu adalah setiap rumah yang dibina harus mengambil kira aspek kemanusiaan atau human factor.

“Menerusi PPB, kami akan menetapkan Indeks Prestasi Utama (KPI) dan syarat-syarat pembinaan rumah mampu milik bagi memastikan golongan B40 bukan sahaja dapat memiliki rumah berkualiti malah memberi keselesaan kepada mereka.

“Kita tidak hanya mengejar kuantiti tetapi kualiti setiap unit yang dibina harus bertepatan dengan situasi dan keadaan semasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Topping off Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Residensi Bayu Andaman di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN