KUANTAN 3 Nov. – Peniaga yang ingkar dengan pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena sambutan Deepavali pada 6 November ini bakal berdepan tindakan tegas termasuk diheret ke mahkamah. Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) negeri, Muhamad Radzi Johari berkata, pihaknya sentiasa mengingatkan peniaga bahawa tindakan tegas akan diambil jika mereka gagal mematuhi peraturan di bawah skim itu mengikut Akta Kawalan Harga dan…










