PASIR PUTEH – Kampung Tembila dan Kampung Gong Chapa, di sini yang digenangi air sejak malam tadi mula surut pagi ini selepas hujan lebat reda. Pegawai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, pemantauan yang dijalankan mendapati air banjir surut bermula pukul 6 pagi tadi. “Setakat ini belum ada penduduk di dua kampung berkenaan dipindahkan. Keadaan air sebelum ini adalah antara 0.1 meter hingga 0.5 meter disebabkan hujan…










