KUALA LUMPUR 14 Nov.- Kepemimpinan dan ahli Pas bersedia untuk memobilisasi rakyat untuk melakukan bantahan sebagai membantah usaha ke arah meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik (ICCPR). Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, Pas sekali lagi mengingatkan kerajaan Persekutuan supaya tidak meratifikasi ICERD dan ICCPR kerana bercanggah dengan Perlembagaan dan boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara ini. “Ekoran penegasan Presiden…










