Pas perjalanan tanpa had 30 hari hanya untuk warga Malaysia - Utusan Malaysia

Pas perjalanan tanpa had 30 hari hanya untuk warga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Penggunaan Pas Perjalanan Tanpa Had 30 hari yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 hanyalah untuk pemegang MyKad, MyTentera dan MyKid yang berusia tujuh hingga 12 tahun, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Pas Perjalanan Tanpa Had 30 hari berharga RM100 boleh digunakan di semua perkhidmatan rel Rapid termasuk Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), monorel serta BRT Sunway dan semua perkhidmatan bas kendalian Rapid di Lembah Klang, katanya.

“Pas perjalanan berkenaan boleh digunakan mulai pukul 12.01 tengah malam 1 Januari depan dan boleh ditambah nilai di mana-mana lokasi yang menawarkan perkhidmatan tambah nilai Touch’nGo,” katanya dalam sidang akhbar mengenai pas perjalanan itu di Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengenai Pas Perjalanan  Tanpa Had 30 hari berharga RM50 pula, ia adalah untuk semua bas kendalian Rapid di Lembah Klang, katanya. 

Anthony berkata, pengguna boleh melanggan pas berkenaan menggunakan fungsi Touch’nGo pada ketiga-tiga kad pengenalan diri berkenaan di semua stesen LRT, MRT dan empat hab bas selepas majlis pelancaran pas perjalanan berkenaan pada bulan depan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN