SEREMBAN 22 Nov. – Pas Negeri Sembilan hari ini mendesak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya memecat P. Waytha Moorthy kerana mengeluarkan kenyataan fitnah yang memburuk-burukkan Malaysia di luar negara. Ketua Penerangannya, Mohd. Nasaruddin Baharuddin berkata, adalah amat malang apabila seorang yang memberi kenyataan sedemikian diberi amanah dan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Tegasnya, kenyataan Waytha Moorthy kononnya kaum India mengalami diskriminasi melampau telah mengkhianati negara dan…










