Pas Kedah turut desak Kadir Jasin disiasat - Utusan Malaysia

Pas Kedah turut desak Kadir Jasin disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 1 Nov. – Pas negeri mendesak pihak berkuasa agar segera menyiasat Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin kerana didakwa mencetus prasangka buruk terhadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Muhammad Sanusi Md. Noor berkata, pihaknya menyokong tindakan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang mempersoalkan tindakan A. Kadir itu didakwa dibuat hanya untuk menyedapkan hati di samping mengekalkan sokongan pengundi bukan Melayu kepada Pakatan Harapan (PH).

“Kerajaan negeri boleh tentukan peruntukan dan kelulusan secara pentadbiran, tidak wajar sama sekali dilontarkan secara terbuka perkara yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau beliau (Kadir) nak tahu berapa belanja, boleh tanya Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi Jawatankuasa Majlis Pertabalan Sultan Kedah ke-29.

“Raja-Raja Melayu tidak bermain politik, tak perlu Kadir nak cari populariti dengan menjolok sendi-sendi yang sensitif dalam sistem Demokrasi Raja Berperlembagaan di negara ini,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurutnya, Penasihat Media dan Komunikasi di Pejabat Perdana Menteri itu disarankan agar meneliti perbelanjaan harian dan bulanan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri termasuk pegawai mereka.

“Mereka itu berada di sana atas undi orang ramai dan mereka janjikan pelbagai perubahan Malaysia Baru. Rakyat Kedah tak ada pun yang bertanya berapa harga gajah untuk majlis pertabalan.

“Tetapi rakyat sering bertanya berapa kekayaan para menteri dan Perdana Menteri kumpulkan sepanjang mereka berada di puncak kuasa. Sehubungan itu saya nasihatkan Kadir dan gerombolan mereka dalam PH tidak bermain api,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini