KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,499 permohonan membeli rumah menerusi Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) telah diluluskan kepada warganegara asing sejak 2007 sehingga kini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah Baharuddin Shah berkata, daripada jumlah itu, warga China merupakan pembeli hartanah tertinggi iaitu sebanyak 1,664 unit atau 37 peratus daripada jumlah pembeli di bawah program itu. Beliau…










