Parlimen: Subsidi ubat, konsultasi pesakit luar di hopsital awam kekal - Utusan Malaysia

Parlimen: Subsidi ubat, konsultasi pesakit luar di hopsital awam kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan memberi jaminan subsidi ubat dan konsultasi bagi pesakit luar di klinik dan hospital kerajaan diteruskan dan kadar dikenakan kekal RM1 meskipun Skim Peduli Kesihatan B40 dilaksanakan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, bayaran RM5 juga dikekalkan untuk pesakit yang berjumpa doktor pakar.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini, Dzulkefly menegaskan tiada istilah ubat kelas kedua bagi ubat-ubatan generik yang telah didaftarkan melalui kajian bioequivalence dan availability kerana ia mempunyai kualiti dan keberkesanan ubat inovator.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan kini dalam peringkat awal penyediaan kertas cadangan mekanisme pelaksanaan kawalan harga ubat-ubatan melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 sedia ada di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

“Mekanisme kawalan yang dicadangkan ialah harga jualan siling kepada pengguna di semua saluran pendispensan yang dilihat paling sesuai untuk dilaksanakan dan selari dengan amalan antarabangsa,” katanya menjawab soalan Charles Anthony Santiago (PH-Klang). – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×