KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menyemak semula kuota pemilikan rumah atau hartanah oleh warga asing agar ia boleh dijadikan garis panduan untuk pemaju dan pihak berkuasa negeri, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, setakat ini, jumlah hartanah yang dimiliki warga asing di negara ini tidak melebihi satu peratus. “KPKT akan membincangkan mekanisme yang lebih terperinci yang boleh diguna pakai oleh pihak berkuasa…










