Parlimen: Kerajaan yakin gaji minimum RM1,500 dapat dilaksana dalam tempoh 5 tahun - Utusan Malaysia

Parlimen: Kerajaan yakin gaji minimum RM1,500 dapat dilaksana dalam tempoh 5 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan yakin penetapan gaji minimum pada kadar RM1,500 sebulan dapat dilaksanakan dalam tempoh lima tahun, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar tidak menolak kadar gaji minimum ini akan dikaji setiap tahun, walaupun Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 memperuntukkan kajian semula harus dilakukan setiap dua tahun sekali.

“Kalau ada masalah besar atau satu perkara yang ada keperluan mungkin ia boleh dibuat lebih dari sekali, tetapi sekali dalam tempoh dua tahun itu satu yang seharusnya dilakukan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang mahu kerajaan menyatakan rasional penetapan gaji minimum pada paras RM1,050 sekarang ini yang dilihat sebagai ‘terlalu rendah’. 

Mahfuz berkata, kerajaan mengambil maklum bahawa kadar berkenaan tidak begitu tinggi, namun ia adalah pendekatan rasional untuk elakkan kos operasi majikan meningkat secara mendadak terutama bagi pihak Industri Kecil dan Sederhana (IKS). – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini