KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, penyelesaian berhubung isu gangguan perkhidmatan ujian televisyen digital MYTV yang sedang berlaku diharap dapat dicapai minggu depan. Beliau berkata, proses rundingan antara MYTV Broadcasting Sdn. Bhd. (MYTV) dan Telekom Malaysia (TM) bagi menyelesaikan isu itu menunjukkan hasil memberangsangkan. “Saya sudah arahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk cuba selesaikan masalah ini melalui rundingan antara MYTV dan TM dan saya…










