SELENDANG bercorak bunga rona merah hati dililitkan pada leher bagi mengurangkan kedinginan yang menyapa batang tubuh Ridhi Kale, seorang pelancong dari New Delhi, India tatkala dia berjalan menuju kapal layar mewah Shangri-La V yang sedang berlabuh di marina Pasific Land di Pulau Jeju, Korea Selatan. Cuaca pada petang Khamis itu sedikit dingin dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kurang sejam lagi matahari akan terbenam. Pengunjung yang ingin merasai pengalaman belayar menaiki…










