Pandang serius pandangan penduduk, kawal pembalakan - Utusan Malaysia

Pandang serius pandangan penduduk, kawal pembalakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 1 Nov. – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan supaya semua pihak yang terlibat dalam pembinaan projek pembinaan talian penghantaran Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Janda Baik, dekat sini memandang serius pandangan dan keluhan penduduk setempat.

Titah baginda, kerisauan penduduk terhadap aktiviti penebangan balak yang dilakukan sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam sekitar perlu diberi perhatian.

“Soal penebangan balak perlu dikurangkan dan tidak perlu dilakukan di kawasan yang tidak perlu untuk menjayakan program ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hakikatnya, hanya 250 hektar diluluskan untuk membuat jalan bagi membina grid elektrik, kita harap jangan melebihi (penebangan balak),” titah baginda selepas sesi taklimat sempena lawatan ke Kampung Janda Baik, di sini hari ini.

Yang hadir sama.Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Projek Pembinaan laluan grid TNB dari Kedah ke Johor yang bernilai RM1.5 bilion turut melibatkan 30 kilometer jajaran di kawasan Bentong. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini