ISLAMABAD 3 Nov. – Nasib Asia Bibi wanita yang dibebaskan daripada tuduhan menghina Islam kini terumbang ambing selepas kerajaan negara ini membenarkan rayuan terhadap pembebasannya dan tidak dibenar meninggalkan negara ini. Asia yang diancam bunuh sejak 2010 telah dilepas dan dibebaskan daripada semua pertuduhan oleh Mahkamah Agung Rabu lalu sekali gus mencetuskan bantahan daripada umat Islam di negara ini. Tindakan mereka yang menyekat jalan raya berjaya melumpuhkan bandar-bandar utama Pakistan…










