Pakatan Harapan bukan tempat pelarian politik - Utusan Malaysia

Pakatan Harapan bukan tempat pelarian politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Pakatan Harapan tidak sepatutnya menjadi destinasi pelarian politik kepada mana-mana ahli Parlimen yang mempunyai kepentingan peribadi.

Memuatkan artikel berkaitan…
Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub 

Sehubungan itu Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub meminta Pakatan Harapan membincangkan satu mekanisme untuk meneliti sebab dan alasan ahli-ahli Parlimen untuk menyeberang menjadi ahli dalam mana-mana parti komponennya.

“Kita harus teliti sebab apa (melompat parti), mungkin kepentingan peribadi sebab itu harus kita cermat kerana tidak patut jadi tempat pelarian politik.

“Kita harus fikirkan tentang moral serta kehendak rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang berikan kita isyarat jelas bahawa kemenangan Pakatan Harapan adalah atas kekuatan kita, bermula dengan kecil sehingga menang pilihan raya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan 40 lagi Ahli Parlimen UMNO akan keluar parti kerana menyatakan hasrat untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN