Pafa tolak peletakan jawatan Hasnul Zulkarnain - Utusan Malaysia

Pafa tolak peletakan jawatan Hasnul Zulkarnain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 13 Nov. – Mesyuarat khas Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) hari ini menolak peletakan jawatan Hasnul Zulkarnain Munaim sebagai Presiden Pafa.

Pemangku Presiden Pafa, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad berkata, jawatankuasa itu memberi tempoh dua minggu untuk Hasnul Zulkarnain menimbangkan semula keputusannya.

Menurutnya, khidmat Hasnul Zulkarnain masih diperlukan untuk memastikan kejayaan Perak dalam saingan musim depan setelah Perak memenangi Piala Malaysia.

“Pafa mahu beliau meneruskan segala perancangan yang beliau atur pada musim depan apatah lagi Perak layak beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Hasnul Zulkarnain yang dikecam ekoran perbuatannya bergambar dengan trofi Piala Malaysia dalam keadaan tidak sepatutnya mengumumkan peletakan jawatan pada 8 November lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN