P. Pinang kemuka cadangan wujudkan teksi air - Utusan Malaysia

P. Pinang kemuka cadangan wujudkan teksi air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 14 Nov. – Kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan cadangan bagi mewujudkan perkhidmatan pengangkutan air terbaharu yang dikenali sebagai ‘water taxi’ atau teksi air.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, cadangan untuk mewujudkan perkhidmatan teksi air sebenarnya telah mula dipromosikan sejak pelancaran Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) sebelum ini, namun, tiada sebarang tindakan susulan diambil.

“Ketika ini, saya telah mengarahkan para pegawai saya untuk menyegerakan semula proses permohonan itu bagi membolehkan perkhidmatan pengangkutan air ini dapat direalisasikan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, perkhidmatan tersebut ketika ini adalah di bawah kendalian syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×