KUALA LUMPUR 1 Nov. – Buat pertama kalinya, satu persembahan orkestra melibatkan murid-murid cilik berusia seawal tujuh tahun akan dipentaskan di Dewan Orkestra Aswara di sini pada Sabtu dan Ahad ini. Orkestra Setiawangsa menghimpunkan murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dari tujuh buah sekolah sekitar Kuala Lumpur di bawah penyelarasan Sekolah Kebangsaan (SK) Setiawangsa, dengan memainkan pelbagai alat muzik. Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Setiawangsa,…










