KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang mengenakan cukai kekayaan terhadap golongan kaya di negara ini bagi mengelak kejutan terhadap pasaran modal dan kewangan, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Katanya, kerajaan kini dalam proses memulihkan kedudukan fiskal defisit yang dihadapi negara dan sebarang dan pengenalan cukai sedemikian seperti cukai keuntungan modal dikhuatiri akan menjejaskan usaha tersebut.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Reformasi Cukai untuk mengkaji cukai-cukai yang akan dilaksanakan dalam Belanjawan 2019.
Bagaimanapun, katanya, cukai kekayaan tidak diketengahkan setelah ia mendapat maklum balas daripada beberapa pihak termasuk Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Kementerian Kewangan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










