GUA MUSANG 12 Nov. – Lebih 5,000 penduduk Orang Asli di 10 buah pos pedalaman di daerah ini menderita setiap kali musim tengkujuh apabila laluan jalan balak rosak teruk sehingga menjejaskan aktiviti dan kehidupan seharian. Pada bulan November dan Disember setiap tahun, Orang Asli merasakan keperitan apabila mereka terpaksa menempuh jalan berselut, jambatan rosak dan perjalanan panjang melebihi kebiasaan untuk keluar ke bandar Gua Musang. Antara jalan perhubungan balak yang…










