Orang Asli Cenawing dakwa disogok - Utusan Malaysia

Orang Asli Cenawing dakwa disogok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK – Penduduk Orang Asli Cenawing di sini mendakwa pernah disogok dengan bayaran wang tunai berjumlah RM600,000 daripada pembalak yang bertindak menceroboh kawasan tanah adat tanpa kebenaran.

Setiausaha Kampung Orang Asli Cenawing, Abdul Rahman Hassan, 38, mendakwa, aktiviti pembalakan yang tidak pernah ‘direstui’ itu telah dilakukan di kawasan seluas 3,200 hektar iaitu meliputi empat buah kampung.

“Minggu lalu, saya dan beberapa penduduk kampung didatangi seorang penguat kuasa daripada sebuah agensi kerajaan. Dia hadir dan menawarkan bayaran tersebut kepada kami. Menerusi perbualan lisan tersebut, difahamkan setiap syarikat pembalak bersetuju memberi bayaran RM150,000. Kesemuanya ada empat syarikat, jadi jumlah sogokan mencecah RM600,000,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Orang Asli Cenawing di sini semalam.

Turut hadir Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN