BANDAR GAZA, Wilayah Palestin – Kejadian berbalas tembakan berlaku ketika tentera Israel mengadakan operasi di Genting Gaza kelmarin, mengakibatkan enam rakyat Palestin dan seorang anggota tentera Rejim Zionis terbunuh, kata beberapa pegawai sekali gus menggugat persetujuan damai yang dicapai baru-baru ini. Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan bahawa beliau akan memendekkan lawatannya ke Paris dan pulang ke Israel ekoran ketegangan yang semakin memuncak susulan pertempuran tersebut. Jurucakap pergerakan Hamas…










