Op Lombong 3.0: 16 ditahan, mineral RM1.5 juta disita - Utusan Malaysia

Op Lombong 3.0: 16 ditahan, mineral RM1.5 juta disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB 2 Nov. – Seramai 16 orang termasuk lapan warganegara asing ditahan kerana dipercayai terlibat dalam perlombongan haram di Raub dan Lipis dekat sini dalam Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Aktiviti Lombong Zon Pahang Barat (Op Lombong 3.0’).

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, dalam operasi dari 30 Oktober hingga 2 November lalu itu, Jabatan Perhutanan juga merampas longgokan bahan mineral bernilai RM1.5 juta.

“Sebanyak 34 jentera dan mesin pelbagai jenis dan tiga buah lori turut dirampas dan disita di bawah Akta Perhutanan Negara.

“Operasi bersepadu ini akan diteruskan pada masa depan dan diperluaskan ke seluruh Pahang,” katanya pada Majlis Penutup Ops Lombong 3.0 di Kompartmen 71, Hutan Simpan Tersang di sini hari ini.

Yang hadir sama.Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Bandar dan Orang Asli negeri, Datuk Abd. Aziz Mat Kiram; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ir. Mohd. Soffi Abd Razak dan Pengarah Perhutanan negeri, Datuk Hizamri Mohd. Yasin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN