JAKARTA 31 Okt. – Anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mengesan sebuah objek sepanjang 22 meter dipercayai rangka pesawat Lion Air JT610 di dasar laut iaitu di lokasi pesawat itu terhempas di perairan Tanjung Karawang. Kolonel Haris Djoko Nugroho memberitahu stesen televisyen TVOne, tentera laut Indonesia menggunakan alat pengesan sonar untuk mengesahkan sama ada objek tersebut merupakan sebahagian daripada rangka pesawat terbabit. Menurut beliau, pihaknya telah menghantar penyelam selepas menerima…









