KOTA KINABALU – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berpuas hati dengan kehadiran ahli yang keluar mengundi pada pemilihan PKR negeri Sabah hari ini. Menurut Nurul Izzah merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, hasil tinjauan di pusat pemilihan cabang Sepanggar, Tuaran dan Kota Kinabalu dekat sini kira-kira 20 peratus ahli selesai menjalankan tanggungjawab setakat pukul 11 pagi tadi. “Jumlah (ahli mengundi) ini dijangka meningkat sebelum proses pemilihan dijadualkan tamat pada pukul 3 petang. “Diharapkan para ahli keluar mengundi kerana undian mereka membantu dalam menentukan pucuk pimpinan PKR…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya