Nur Nabila cari ayah jadi wali - Utusan Malaysia

Nur Nabila cari ayah jadi wali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 4 Nov. – Seorang gadis yang berhasrat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan pada Februari tahun depan sedang berusaha mengesan bapa kan­dungnya, Kahlil Md. Sharif, 49, bagi menjadi wali pernikahannya.

Nur Nabila Kahlil, 25, bagaimanapun berdepan kesukaran kerana tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan ayahnya sejak terpisah lebih 12 tahun lalu.

NUR NABILA
NUR NABILA 

Dia yang menetap di Si­nga­pura bersama-sama ibu dan tiga beradik yang lain tidak pernah berhubung dengan ayah mereka sejak sekian lama.

“Kali terakhir saya bertemu dengannya ketika berusia 12 atau 13 tahun. Saya sudah lupa, namun berharap ayah dapat membantu memudahkan urusan pernikahan saya.

“Kami sekeluarga percaya ayah masih menetap di Johor, namun tidak tahu cara untuk mengesan di mana dia berada,” katanya ketika mengunjungi pejabat Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Nur Nabila memberitahu, berdasarkan ingatannya, ayahnya pernah bekerja sebagai mekanik dan sering bertukar pekerjaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai ayahnya boleh menghubungi­nya menerusi talian 018-2504773 atau +65-86853844.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN