Nota mohon maaf curi motosikal - Utusan Malaysia

Nota mohon maaf curi motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang pekerja di sebuah syarikat swasta bersyukur selepas motosikal berkuasa tinggi jenis Yamaha R6 berharga RM45,000 yang hilang dari tempat letak kenderaan di Pangsapuri Flora Damansara di sini kelmarin ditemui semula semalam.

Kehilangan motosikalnya disedari pada pukul 8 pagi kelmarin semasa pemiliknya, Mohd. Khairul Anuar Mohd. Jamil, 32, turun dari rumah untuk pergi ke tempat kerja.

Susulan itu, dia terus tularkan kejadian tersebut di laman sosial dengan harapan ada orang awam boleh membantu mengesan motosikal miliknya itu.

Cerita Mohd. Khairul, motosikal yang dibelinya pada Februari lalu hilang selepas penjenayah mengambil kunci motosikal yang disimpan dalam kereta Ford Fiesta juga kenderaan miliknya.

“Penjenayah itu memecah cermin tingkap kereta untuk mengambil kunci motosikal yang disimpan dalam kereta,” jelasnya.

Selepas 24 jam motosikal tersebut hilang, Mohd. Khairul memberitahu, pada pukul 8 pagi semalam dia terkejut terjumpa sekeping nota yang diselitkan pada cermin tingkap kereta Ford Fiesta miliknya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN