PETALING JAYA – Seorang pekerja di sebuah syarikat swasta bersyukur selepas motosikal berkuasa tinggi jenis Yamaha R6 berharga RM45,000 yang hilang dari tempat letak kenderaan di Pangsapuri Flora Damansara di sini kelmarin ditemui semula semalam. Kehilangan motosikalnya disedari pada pukul 8 pagi kelmarin semasa pemiliknya, Mohd. Khairul Anuar Mohd. Jamil, 32, turun dari rumah untuk pergi ke tempat kerja. Susulan itu, dia terus tularkan kejadian tersebut di laman sosial dengan harapan ada orang awam boleh membantu mengesan motosikal miliknya itu. Cerita Mohd. Khairul, motosikal yang dibelinya pada Februari lalu hilang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya