Spesies Episcia cupreata ‘Shimmer’ yang berasal daripada keluarga tumbuhan Gesneriaceae ini merupakan sejenis tanaman merayap atau menjalar yang mempunyai nilai estetika tersendiri. Walaupun daunnya hanya berwarna hijau polos dengan sedikit corak berwarna hijau muda pada urat-urat daun, ia tetap cantik dan menarik untuk dijadikan tanaman gantung. Tarikan penampilan turut diserlahkan dengan bunga yang berbentuk ala serombong atau trompet indah berwarna merah muda. Pembiakan: Ia senang dibiak menggunakan kaedah keratan hujung…










