PULAU PINANG 8 Nov. – Lebih 30 individu daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar di negeri ini mengadakan demonstrasi aman di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini bagi meluahkan kekecewaan terhadap kerajaan negeri yang dilihat rakus meluluskan projek pembangunan di kawasan lereng bukit. Terbaharu, ‘lampu hijau’ yang diberikan kerajaan negeri untuk membina dua buah hotel di Bukit Bendera baru-baru ini menjadi perkara utama dibangkitkan kumpulan…










