Netanyahu goyang Menteri Pertahanan letak jawatan - Utusan Malaysia

Netanyahu goyang Menteri Pertahanan letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS – Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman mengumumkan peletakan jawatan kelmarin dan menggesa agar pilihan raya diadakan lebih awal selepas berlaku perselisihan mengenai gencatan senjata ke atas Gaza.

Lieberman juga berkata, parti­nya menarik diri daripada pakatan Benjamin Netanyahu sekali gus menyebabkan Perdana Menteri itu hanya kekal majoriti satu kerusi di Parlimen.

Pilihan raya tidak akan berlaku sehingga November 2019, tetapi peletakan jawatan Lieberman meningkatkan kemungkinan diadakan pilihan raya lebih awal di Israel.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa yang terjadi semalam, gencatan senjata dengan Hamas, se­perti menyerah kepada pengganas.

“Apa yang kita lakukan sekarang sebagai sebuah negara ialah mengharapkan ketenangan jangka pendek, dengan bayarannya berupa kerosakan jangka panjang yang teruk kepada keselamatan negara,” kata Lieberman kepada pemberita bagi menjelaskan alasannya untuk meletakkan jawatan.

“Kita sepatutnya memilih tarikh pilihan raya seawal mungkin,” tambahnya.

Netanyahu telah mempertahankan perjanjian gencatan senjata pada Selasa lalu yang mengakhiri konflik paling teruk antara Israel dan pejuang Palestin di Gaza sejak perang pada tahun 2014.

Seorang pegawai daripada parti Likud yang diketuai Netanyahu memberi jawapan balas terhadap spekulasi bahawa pilihan raya akan diadakan lebih awal dengan berkata, Perdana Menteri akan mengambil alih portfolio Lieberman sekurang-kurangnya buat sementara waktu.

“Tidak ada keperluan untuk mengadakan pilihan raya pada masa sensitiviti keselamatan kini,” kata pegawai tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×