Negara lenyap bila tiada keamanan - Duta Yemen - Utusan Malaysia

Negara lenyap bila tiada keamanan – Duta Yemen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Anak bangsa negara ini perlu sedar tanggungjawab mereka dalam membangunkan negara ini dan pada masa yang sama mengekalkan keamanan yang dikecapi kini.

Duta Besar Yemen ke Malaysia, Dr. Adel Mohamed Ali BA Hamid berkata, tiada siapa yang dapat membangunkan negaranya melainkan anak bangsanya sendiri.

Pada masa yang sama beliau turut mengingat apabila tiada keamanan dalam sesebuah negara, maka habislah lenyap segala-galanya.

Demikian menurut Adel kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam majlis santapan tengahari dan perbincangan yang dihoskan oleh beliau kepada baginda yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir mengiringi baginda berdua ialah Mufti Perlis Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Tambah Adel, pada ketika ini terdapat 17,000 rakyat Yemen yang berdaftar di Malaysia iaitu 6,237 ialah pelajar. 8,000 (lawatan sosial), 550 (pas pekerja), 2,400 lagi ialah pemegang kad Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan lain-lain.

Paling ramai warga negara itu itu belajar di Limkokwing University diikuti di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Malaya (UM).

Warga Yemen di ibu negara kebanyakannya berkerja di dalam industri restoran, kedai runcit Arab, ejen Pelancongan dan sekolah-sekolah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN