NBI Thailand anugerahkan Tun Mahathir pencapaian sepanjang hayat - Utusan Malaysia

NBI Thailand anugerahkan Tun Mahathir pencapaian sepanjang hayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Pembinaan Bangsa (Sektor Awam) oleh Institut Bina Bangsa (NBI) Thailand.

Anugerah itu diterima Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin bagi pihak Perdana Menteri yang disampaikan bekas Perdana Menteri Thailand, Anand Panyarachun pada malam gala yang diadakan pada penghujung Persidangan Antarabangsa Kedua mengenai Pembinaan Bangsa di sini malam ini.

Mahathir kini dalam lawatan rasmi di Jepun. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berbesar hati untuk menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Sektor Awam ini bagi pihak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” kata Zuraida dalam ucapannya selepas menerima anugerah berprestij itu.

Menurut beliau, Perdana Menteri menyuarakan rasa kesal kerana tidak dapat hadir sendiri untuk menerima anugerah itu malam ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, Mahathir menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas pengurniaan anugerah ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN