Naza Quest henti edar Chevrolet baharu - Utusan Malaysia

Naza Quest henti edar Chevrolet baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Naza Quest Sdn Bhd akan menghentikan pengedaran kenderaan baharu Chevrolet sehingga pelantikan pengedar baharu Chevrolet di bawah perjanjian antara Naza Quest dan General Motors (GM).


Bagaimanapun, Naza Quest akan terus menyediakan waranti dan perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan sedia ada Chevrolet.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd Datuk Samson Anand George berkata syarikat mencapai keputusan itu yang terhasil daripada pelan rasionalisasi jenama di bawah strategi korporat menyeluruh untuk mewujudkan kemampanan dan keuntungan jangka panjang.


”Kami akan terus memberi tumpuan kepada jenama empat dan dua roda kami yang lain. Naza Group akan memaksimumkan barisan automotifnya yang lengkap dan menerokai peluang perniagaan lain untuk mengembangkan perkongsian pasarannya dalam industri automotif,” katanya dalam kenyataan bersama dengan GM di sini, semalam.


Menurut kenyataan itu, Chevrolet akan menyambung semula jualan portfolio kenderaannya di Malaysia secepat mungkin dan ia akan menyegerakan perbincangan dengan rakan kongsi baharu yang berpotensi.


”Rakan kongsi pengedar induk yang baharu akan diumumkan dalam waktu terdekat,” katanya dan menambah, pemberhentian operasi perniagaan kereta baharu Chevrolet oleh Naza Quest akan berkuat kuasa esok. – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN