Najib doakan Zainuddin Maidin segera sembuh - Utusan Malaysia

Najib doakan Zainuddin Maidin segera sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak semua mendoakan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya agar segera sembuh.

“Saya diberitahu bahawa Tan Sri Zainuddin Maidin berada di Hospital Putrajaya untuk rawatan. Sama-sama kita doakan Tan Sri Zainuddin Maidin segera sembuh dan kembali pulih seperti sedia kala,” katanya menerusi status dalam laman Facebook beliau hari ini.

Zainuddin yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, dimasukkan ke ICU Hospital Putrajaya pagi tadi selepas terjatuh di rumahnya di Presint 10, Putrajaya semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN