Najib dikunjungi SPRM lagi - Utusan Malaysia

Najib dikunjungi SPRM lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meluangkan masa lebih sejam di kediaman peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta di sini semalam.

Kosmo! difahamkan kunjungan pegawai SPRM ke rumah Ahli Parlimen Pekan itu berhubung kes pemasangan panel tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pegawai SPRM pergi ke rumah Najib bagi mendapatkan maklumat untuk membantu siasatan bagi satu kes yang enggan didedahkannya.

“Tiada serbuan di kediaman Najib, pegawai SPRM hadir bagi mendapatkan maklumat dan saya tidak boleh dedahkan siasatan tersebut,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN