KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pukul pada 1.25 petang sebentar tadi bagi menghadapi pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997. Beliau ditahan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan rasuah termasuk suapan untuk meluluskan konsesi balak. Musa, 67, akan dituduh dengan pertuduhan rasuah yang membabitkan kira-kira RM263 juta dan difahamkan kesalahan itu didakwa dilakukan pada 2009. Musa…










