Musa dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan kes rasuah - Utusan Malaysia

Musa dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dibawa keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini untuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kes rasuah.

Kereta Toyota Alphard yang membawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Sibuga itu dilihat meninggalkan bangunan tersebut pada pukul 1 tengahari, diiringi empat kenderaan pengiring dan tiga motosikal.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, Musa akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pukul 2 petang ini.

Musa akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.

Terdahulu SPRM menahan Musa pada pukul 10.05 pagi tadi di ibu pejabat suruhanjaya itu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN