Musa cuti sakit, tidak hadir sidang DUN Sabah - Utusan Malaysia

Musa cuti sakit, tidak hadir sidang DUN Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman sekali lagi tidak hadir pada pembukaan rasmi mesyuarat ketiga penggal pertama persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-15 di sini pagi ini.

Musa yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Sabah itu, dimaklumkan mengalami masalah kesihatan dan diberi cuti sepanjang tempoh persidangan DUN berlangsung bermula pada hari ini hingga 15 November depan.

Perkara itu disahkan oleh Speaker DUN Sabah, Datuk Syed Abbas Syed Ali yang meluluskan permohonan cuti Musa.

Terdahulu, pada 7 November lalu Musa pulang ke Sabah dari Kuala Lumpur untuk mendengar keputusan samannya terhadap Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal di
di Mahkamah Tinggi di sini yang mana mendakwa pelantikan Mohd. Shafie sebagai Ketua Menteri pada 12 Mei adalah tidak sah.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi menolak saman Musa dan pada hari prosiding berlangsung beliau juga tidak hadir ke mahkamah.

Sepanjang persidangan DUN penggal pertama, Musa tidak pernah menghadirkan diri selepas mengangkat sumpah sebagai ADUN pada 5 September lalu di hadapan Syed Abbas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN