KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman sekali lagi tidak hadir pada pembukaan rasmi mesyuarat ketiga penggal pertama persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-15 di sini pagi ini. Musa yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Sabah itu, dimaklumkan mengalami masalah kesihatan dan diberi cuti sepanjang tempoh persidangan DUN berlangsung bermula pada hari ini hingga 15 November depan. Perkara itu disahkan oleh Speaker…










