Murid tahun enam nyaris di culik - Utusan Malaysia

Murid tahun enam nyaris di culik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG 2 Nov. – Seorang murid tahun enam nyaris diculik oleh lelaki warga Thailand ketika sedang menunggang basikal untuk pulang ke rumahnya di sini kira-kira pukul 6 petang Selasa lalu.

Mangsa yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia sedang menunggang basikal secara bersendirian telah didatangi oleh seorang lelaki bermotosikal jenis Skuter bernombor plat Thailand.

Menurutnya, lelaki itu yang memakai topi keleder telah bertindak menarik bahunya ketika dia sedang menunggang basikal tersebut.

“Terkejut dengan tindakan itu, saya terus mengayuh basikal sekuat hati dan elaki itu kemudian bertindak mengejar dari belakang.

“Saya terus bergegas masuk ke salah sebuah rumah penduduk kampung untuk menyelamatkan diri setelah dikejar hampir satu kilometer,” katanya.

Kanak-kanak berkenaan memberitahu, sebaik sahaja sampai dia terus berlari sekuat hati masuk ke dalam rumah jiran untuk bersembunyi bagi menyelamatkan diri.

“Lelaki tersebut terus mengekori saya ke rumah jiran, sebaik sahaja tiba dia berpura-pura mahu menjual motosikal sebelum bergegas keluar dari kawasan rumah berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Katanya, bagaimanapun beliau menasihat orang ramai supaya segera membuat laporan sekiranya kes tersebut benar berlaku. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN