Murid perempuan dakwa nyaris diculik - Utusan Malaysia

Murid perempuan dakwa nyaris diculik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT 1 Nov. – Seorang murid perempuan berusia 10 tahun mendakwa hampir diculik oleh dua lelaki ketika pulang dari sekolah di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Manjung, Asistan Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata,
kejadian berlaku pada pukul 1.30 petang ketika murid Sekolah Kebangsaan Seri
Manjung itu berbasikal untuk pulang ke rumah.

Menurutnya, ketika melalui sebuah kawasan perumahan Taman Fasa 2I Seri
Manjung, murid tersebut didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis
Proton Wira.

“Kereta berwarna biru gelap dengan nombor pendaftaran yang tidak pasti itu berhenti di sebelah murid tersebut dan dua lelaki didalamnya cuba menarik tangan mangsa untuk masuk ke dalam kereta.

“Ini menyebabkan mangsa terjatuh dari basikal dan terus melarikan diri ke
rumah pengasuhnya. Murid tersebut telah memaklumkan kepada ibunya sebelum
laporan polis dibuat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Hanif berkata, siasatan telah dilakukan dan murid tersebut tidak
mengecam dan tidak kenal kedua-dua suspek.

“Mangsa menyatakan salah seorang suspek berkulit putih dan berjerawat dengan
anggaran umur tidak pasti. Mangsa juga menyatakan semasa kejadian tiada saksi
awam yang nampak dan ia berlaku dengan pantas,” katanya.

Menurut Muhammad Hanif,  mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini