Murid Darjah 6 ditemukan lemas - Utusan Malaysia

Murid Darjah 6 ditemukan lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT 14 Nov.- Seorang murid tahun enam ditemukan lemas selepas dipercayai mandi bersama rakan-rakannya di sebuah parit di Jalan Pinang, Batu 8, Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang, di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, mayat Muhammad Effizul Idham Fidaus,12 merupakan murid Sekolah Rendah Kebangsaan Telok Panglima Garang ditemukan orang awam di parit berhampiran kawasan kebun kelapa sawit.

Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Kamalariffin Aman Shah berkata, mayat mangsa ditemukan orang awam yang melalui kawasan tersebut sebelum membuat laporan melalui panggilan telefon.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejurus menerima maklumat, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan menjumpai basikal serta baju T dipercayai milik mangsa.

“Hasil pemeriksaan tiada kecederaan pada mayat mangsa, namun berdasarkan maklumat saksi awam, mereka telah melihat dua hingga tiga budak mandi di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×