KUALA LUMPUR 30 Nov. – Lobi Institut Jantung Negara (IJN) di sini tidak henti-henti menerima kunjungan para pemimpin dan orang kenamaan untuk menziarahi Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, yang masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Selepas keberangkatan tiba Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, turut hadir ialah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Zulkifli tiba pada pukul 11.35 pagi manakala Adnan pula kira-kira pukul 10.45 pagi. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya