MPK sita enam kilang proses plastik haram - Utusan Malaysia

MPK sita enam kilang proses plastik haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menyita enam buah kilang memproses plastik tidak berlesen dalam satu Operasi Bersepadu Pemeriksaan Kilang di Kawasan Perindustrian Air Hitam di sini hari ini.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, tindakan tersebut diambil di bawah Undang-undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Klang) 2007.

Menurutnya, operasi bersepadu bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri itu dilakukan susulan aduan daripada penduduk dan pengilang di kawasan berkenaan berhubung aktiviti pembakaran terbuka sehingga mendatangkan pencemaran bau kepada penduduk sekitar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, sebanyak tujuh premis didapati menjalankan aktiviti memproses dan menyimpan plastik tanpa lesen daripada pihak MPK.

“Notis pemberhentian aktiviti serta merta telah dikeluarkan kepada pemilik enam premis itu dan mereka akur dengan arahan diberikan untuk memberhentikan operasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Norfiza berkata, operasi bermula pukul 9 pagi dan berakhir dua jam kemudian itu disertai 30 anggota daripada MPK dan JAS negeri.

Katanya, pihaknya akan meneruskan operasi bersepadu berkenaan dengan pelbagai pihak termasuk Tenaga Nasional Berhad dan Jabatan Imigresen di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti secara berterusan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini