MANCHESTER – Pemain antarabangsa Chile, Alexis Sanchez melalui detik yang sukar selepas berhijrah ke Old Trafford tetapi pengurus Manchester United, Jose Mourinho menepis dakwaan pemainnya itu bakal meninggalkan kelab itu. Menurut pengendali dari Portugal itu, beliau tidak percaya bahawa Sanchez akan mencari kelab baharu pada jendela perpindahan Januari ini sebaliknya yakin bekas pemain Arsenal itu akan kembali menemui rentak sebenar sedikit masa lagi. Sanchez gagal menepati ramalan bahawa akan menyinar…










