TURIN 8 Nov. – Jose Mourinho menegaskan, provokasi yang dicetus ketika meraikan kemenangan dramatik 2-1 Manchester United di Juventus tidak berniat untuk menghina juara bola sepak Itali itu. United sudah berada di ambang kekalahan ketika permainan tinggal empat minit untuk ditamatkan, sebelum jaringan penyamaan Juan Mata (minit ke-86) dan gol sendiri Leonardo Bonucci (minit ke-89) merubah segalanya. Selepas ketinggalan 0-1 hasil jaringan cantik bekas bintang United, Cristiano Ronaldo, Red Devils…










